BinaSendiri

Anda bakal bina rumah sendiri?

Anda lahyang kami cari

Memuatkan kandungan…
Semakan

Lengkapkan 3 langkah untuk lihat penjimatan anda

Mula semakan percuma

🔒 Data anda dilindungi. Digunakan hanya untuk personalisasi laporan.

Soalan Lazim

Apa itu BinaSendiri?

BinaSendiri ialah platform yang membantu pemilik rumah merancang dan mengurus pembinaan rumah sendiri dengan lebih tersusun, termasuk pengiraan kos, bahan dan jadual kerja.

Siapa yang sesuai menggunakan BinaSendiri?

Sesuai untuk pemilik tanah atau bakal pemilik rumah yang ingin memahami kos, bahan dan proses pembinaan sebelum memulakan projek.

Apa yang saya akan dapat selepas membuat pembelian?

Anda akan mendapat modul pembinaan yang mengandungi pengiraan bahan, anggaran kos, jadual kerja serta maklumat berkaitan pembinaan berdasarkan maklumat projek anda.

Bolehkah saya ubah harga bahan?

Ya. Harga semasa bahan boleh dikemas kini sendiri, dan kos keseluruhan akan dikira secara automatik.

Adakah kos yang dipaparkan adalah harga tetap?

Tidak. Anggaran kos boleh berubah berdasarkan harga bahan semasa, spesifikasi, lokasi, keadaan tapak, cara gerak kerja pertukangan dan faktor berkaitan projek.

Bolehkah saya ubah spesifikasi rumah?

Ya. Namun sebarang perubahan pengiraan pelan akan dicaj sebanyak RM500.

Adakah BinaSendiri menyediakan kontraktor?

BinaSendiri menyediakan akses kepada panel dan perkhidmatan berkaitan pembinaan. Pengguna boleh mendapatkan khidmat panel yang bersesuaian mengikut keperluan projek.

Adakah BinaSendiri menyediakan pelan rumah?

Platform boleh menghubungkan pengguna dengan panel profesional berkaitan seperti arkitek untuk keperluan pelan dan proses berkaitan.

Bolehkah BinaSendiri menjamin kos sebenar pembinaan?

Tidak. Nilai yang dipaparkan adalah anggaran berdasarkan maklumat pelan lukisan dan teknikal pelanggan. Kos sebenar boleh berbeza mengikut keadaan sebenar projek.

Adakah harga bahan sentiasa dikemas kini?

Pengguna boleh mengemas kini harga bahan berdasarkan harga semasa untuk mendapatkan pengiraan kos yang lebih relevan mengikut masa mula projek.

Bagaimana jika saya mempunyai masalah dengan projek di tapak?

Anda boleh menghubungi Customer Service kami untuk mendapatkan bantuan konsultan di tapak anda dengan bayaran RM500/lawatan di negeri Kelantan bergantung terma & syarat.

Adakah BinaSendiri hanya untuk projek di Kelantan?

Tidak. Perkhidmatan BinaSendiri tersedia untuk seluruh negara. Khidmat profesional seperti lawyer, arkitek dan PBT hendaklah dilakukan di tempat client sendiri.

Adakah saya perlu mempunyai pengalaman dalam pembinaan?

Tidak. BinaSendiri direka untuk membantu pemilik rumah memahami proses pembinaan dengan lebih mudah dan tersusun.

Adakah modul ini menggantikan kontraktor atau profesional?

Tidak. BinaSendiri adalah alat perancangan dan rujukan. Kerja profesional seperti reka bentuk, kelulusan, pemasangan dan pembinaan hendaklah dilakukan oleh pihak yang mempunyai kelayakan dan bidang kuasa yang sesuai.