Bina Sendiri
About Us

BinaSendiri

Platform penyelesaian pembinaan — tersusun, telus dan berasaskan data.

About Us

BinaSendiri ialah sebuah platform penyelesaian pembinaan yang dibangunkan untuk membantu pemilik rumah merancang, mengira dan mengurus proses pembinaan rumah dengan lebih tersusun, telus dan berasaskan data.

Kami menggabungkan kepakaran dalam engineering, construction, quantity surveying, project management, technology, software development, marketing dan business development untuk menghasilkan satu ekosistem yang memudahkan pemilik rumah membuat keputusan dengan lebih yakin.

Melalui platform BinaSendiri, pengguna boleh mendapatkan anggaran kos pembinaan, pengiraan kuantiti bahan, jadual kerja serta modul pembinaan yang interaktif.

Harga bahan juga boleh dikemas kini mengikut harga semasa, manakala perubahan tersebut akan dikira secara automatik dalam jumlah keseluruhan.

BinaSendiri turut menghubungkan pemilik rumah dengan pelbagai panel profesional dan perkhidmatan berkaitan pembinaan, termasuk kontraktor, arkitek, peguam, banker dan pembekal bahan — menjadikan proses membina rumah lebih mudah diurus dalam satu platform.

Our Team

Pasukan BinaSendiri — empat profesional dari latar belakang engineering, teknologi, quantity surveying dan pembinaan

BinaSendiri diterajui oleh empat profesional dengan latar belakang dan pengalaman yang saling melengkapi, merangkumi engineering, software technology, quantity surveying, construction, project management, marketing dan business development.

Gabungan pengalaman projek sebenar, pengurusan kos, pembangunan sistem dan pengalaman industri membolehkan kami melihat proses pembinaan bukan hanya dari sudut pembinaan, tetapi daripada aspek teknikal, kos, pengurusan, teknologi dan nilai komersial.

Our Approach

Kami percaya proses membina rumah tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang rumit, tidak jelas dan sukar dikawal.

Oleh itu, kami menggabungkan pengalaman industri + kepakaran teknikal + teknologi digital untuk membina penyelesaian yang praktikal, sistematik dan mudah digunakan oleh pemilik rumah.

Perakuan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Perakuan oleh pihak berkuasa tempatan — organisasi yang memberikan kelulusan untuk projek pembinaan

Perakuan oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah kelelususan yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk memastikan sesuatu projek atau aktiviti mematuhi peraturan dan undang-undang tempatan yang telah ditetapkan.

Visi Kami

Mengembangkan penyelesaian yang praktikal, berteknologi dan menjimatkan kos untuk memberdayakan individu, perniagaan dan industri pembinaan dalam membuat keputusan yang lebih baik dan berasaskan data.