Kos Bina Rumah di Kelantan 2026

Panduan anggaran kos untuk pemilik tanah di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan seluruh Kelantan.

Demo ado tanah, tapi tok tahu berapo pitih nok wat rumah? Ramai oghe Kelate mulo bina duluk, baru keto kos — akhirnyo projek tergantung separuh jale.

Kito buat sebalik. Keto kos duluk, baru mulo. Sekurang-kurangnyo demo tahu berapo nok sedia sebelum tubik duit.

Anggaran kasar

Berapa kos bina rumah di Kelantan?

Kos sebenar bergantung pada tiga perkara: keluasan rumah, jenis struktur, dan lokasi tapak. Kadar upah tukang di Gua Musang tidak sama dengan Kota Bharu, dan harga bahan binaan berubah mengikut jarak penghantaran.

Sebagai panduan kasar untuk rumah setingkat kemasan standard, kos di Kelantan biasanya berada dalam julat RM180 – RM280 satu kaki persegi. Rumah 1,200 kaki persegi bermakna anggaran kasar sekitar RM216,000 hingga RM336,000.

Julat ni luas sangat sebab tu la kito tok boleh guno angka umum. Rumah samo besar, tapi tapak beza, kos boleh beza puluh ribu. Semakan khusus bagi angka ikut projek demo sendiri.

Kesilapan biasa

Kenapa ramai projek rumah tergendala separuh jalan?

Punca paling kerap bukan kekurangan wang — tetapi anggaran yang terlalu rendah pada peringkat awal. Bajet disusun ikut cakap mulut, bukan ikut kiraan.

  • Order bahan lebih. Beli simen dan besi ikut agak-agak, lebihan berlambak tepi tapak, duit dah hangus.
  • Upah tukang atas harga pasaran. Tanpa rujukan kadar semasa, senang kena caj lebih.
  • Kerja terpaksa buat semula. Salah urutan fasa, kerja yang dah siap kena pecah balik.

Tigo bendo ni jadi sebab satu — sebab tok dop kiraan betui dari mulo. Bilo doh separuh jale baru sedar duit tok cukup, masa tu la payoh.

Liputan

Kawasan yang kami liputi di Kelantan

Semakan kos dan rujukan panel tersedia untuk kesepuluh jajahan Kelantan:

Kota BharuPasir MasTumpatBachokPasir PutehMachangTanah MerahKuala KraiGua MusangJeli

Bagi tanah pusaka atau tanah keluarga — yang menjadi majoriti projek di Kelantan — semakan kos awal tidak memerlukan geran atas nama anda. Anda hanya perlu tahu anggaran keluasan rumah yang dirancang.

Langkah

Bagaimana proses semakan berjalan?

  1. Isi nama, nombor telefon dan emel — kurang satu minit.
  2. Masukkan anggaran keluasan rumah dalam kaki persegi.
  3. Sistem mengira anggaran ikut harga bahan dan kadar upah semasa.
  4. Laporan penuh dihantar ke emel dan WhatsApp dalam tempoh 120 jam.
  5. Jika perlu, teruskan dengan panel arkitek atau kontraktor bertauliah.

Tok payoh datang office, tok payoh tunggu appointment. Demo buat dari umah, guno telefon pun boleh.

Soalan lazim

Soalan yang paling kerap ditanya

+Berapa kos bina rumah di Kelantan pada tahun 2026?

Kos bina rumah di Kelantan bergantung kepada keluasan, jenis struktur dan lokasi tapak. Sebagai panduan kasar, rumah setingkat bermula sekitar RM180 hingga RM280 satu kaki persegi bagi kemasan standard. BinaSendiri menyediakan anggaran khusus untuk projek anda berdasarkan harga bahan binaan dan kadar upah semasa, bukan angka umum.

+Bolehkah saya bina rumah sendiri tanpa kontraktor?

Boleh. Ramai pemilik tanah menguruskan pembinaan sendiri dan menjimatkan margin kontraktor. Anda tetap memerlukan pelan yang diluluskan, kebenaran pihak berkuasa tempatan, dan penyeliaan teknikal pada fasa struktur. BinaSendiri menyediakan panduan lima fasa serta panel arkitek dan kontraktor yang boleh digunakan pada mana-mana peringkat yang diperlukan.

+Apa yang saya dapat selepas membuat semakan kos?

Anda akan menerima laporan anggaran kos penuh dalam tempoh 120 jam, mengandungi pecahan kos mengikut komponen pembinaan, anggaran keperluan bahan, dan cadangan langkah seterusnya. Laporan dihantar melalui emel dan WhatsApp.

+Adakah BinaSendiri sesuai untuk tanah pusaka atau tanah keluarga?

Ya. Kebanyakan projek di Kelantan dibina di atas tanah milik keluarga. Semakan kos tidak memerlukan geran atas nama anda pada peringkat awal — anda hanya perlu tahu anggaran keluasan rumah yang dirancang.

+Berapa lama proses dari semakan sehingga mula membina?

Proses penuh merangkumi lima fasa: semakan kelayakan, penyediaan pelan, kelulusan pihak berkuasa, pembinaan, dan serahan kunci. Fasa kelulusan biasanya mengambil masa paling lama. Semakan kos awal boleh disiapkan dalam masa beberapa minit.

Jadi, berapo nok wat rumah demo?

Semak anggaran kos sebelum bersetuju dengan mana-mana sebut harga. Kurang dua minit.

Mula Semakan Kos →